Saturday, 28 May 2011

TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR SEMPENA SAMBUTAN MAJLIS PERSARAAN GURU

mengiringi guru-guru bersama paluan kompang
ucapan daripada wakil pelajar SMK Bukit Besar
hadiah daripada wakil badan pengawas SMK Bukit Besar 2011
























Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum w.r.b.t dan selamat pagi..

      Yang Dihormati pengerusi majlis,yang berbahagia,Tuan Haji Che Mohd Ruzli b. Ghazali,Penolong pegawai PPD bahagian kemanusiaan.yang berusaha Puan Hajjah Zabedah Bt Muda,tuan pengetua cemerlang SMK Bukit Besar, yang dimuliakan puan hajjah engku noor aien bt. engku mahmood,guru penolong kanan pentadbiran,tuan haji abdul rahman b. abdul hamaid,guru penolong kanan kokurikulum,puan hajjah fatimah bt. mat amin,guru penyelia petang,encik lim keck gey,guru penolong kanan pendidikan khas,guru-guru kanan matapelajaran,yang dihormati,Cik Lim Yee Ming,guru kanan matapelajaran sains dan matematik,yang dikasihi guru-guru dan rakan-rakan pelajar sekalian.. 

       Bersyukur kita ke hadrat illahi kerana kita dapat berkumpul dan berhimpun di pagi yang mulia ini sempena majlis persaraan Cik Lim Yee Ming selaku guru penolong kanan matapelajaran sains dan matematik bagi tahun 2011. Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang hadir.

para hadirin sekalian,
sempena majlis persaraan ini,saya wakil pelajar mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan cikgu Cik Lim Yee Ming sepanjang berkhidmat di smk bukit besar ini. saya percaya segala pengalaman suka duka dan pengetahuan yang diperolehi menjadi memori dan panduan dalam menjalani hidup kita di masa hadapan. segala sumbangan dan pengorbanan cikgu di sekolah ini akan sentiasa dikenang. terima kasih atas segala curahan ilmu cikgu kepada kami.

        syabas diucapkan kepada cikgu atas komitmen yang begitu padu demi memastikan kecemerlangan anak-anak didikmu. semoga semangat ini akan berterusan pada masa-masa hadapan.di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang cikgu ceburi. anggaplah perjalanan yang cikgu sedang lalui ini adalah satu cabaran baru dan diharap cikgu terus cemerlang. curahkanlah bakti cikgu demi kesejahteraan negara. saya juga berharap agar hubungan silaturrahim cikgu dengan warga smk bukit besar akan terus terjalin erat.sesungguhnya jasa dan budi yang ditabur tidak dapat dibalas dan tentunya akan dikenang sampai bila-bila.

tenang-tenang air di laut,
sampan kolek mudik ke tanjung,
hati terkenanh mulut menyebut,
budi yang baik rasa nak dijunjung.

patah dahan bunga kemboja,
pucuk paku subur di titi,
budi cikgu kami tak lupa,
sudah terpaku di dalam hati.

     akhir sekali,kami berharap cikgu sentiasa sihat sejahtera dab berbahagia di samping keluarga.
terima kasih cikgu.
sekian,terima kasih.

wabillah...................

1 comment: