Thursday 2 June 2011

~nak tahu kenapa aku suka ambil theme nie?
~sebabnya,bila aku terpandang kepada gambar yang mempunyai ciri2 nature,hatiku menjadi tenang,.
~senang nak berfikir..walaupun titlenya LOVE gitu,tapi sesuai jugak..
~sebab,love nie meliputi segala perasaan yang ada dalam diri kita..
*contohnya..love kat kawan.
                 love kat gf/bf
                 love kat haiwan
                 love kat ibu ayah
                 love kat harta benda
                 love kat hasil tanaman DAN LAIN-LAIN
~DAN APA YANG PENTING,LOVE KAT DIRI SENDIRI DAN ALLAH SWT.
BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG ADA..


-kan banyak tu..anda perhatikan betul2..jalannya lurus je kan..segar dan indah..
*wow...SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHUAKHBAR..
~sentiasa lah berada di jalan yang lurus....AMIN~~~

JUST for YOU..!!!!

You are friendly, kind and caring                                      
Sensitive, loyal and understanding
Humorous, fun, secure and true
Always there... yes that's you.

Special, accepting, exciting and wise
Truthful and helpful, with honest blue eyes
Confiding, forgiving, cheerful and bright
Yes that's you... not one bit of spite.

You're one of a kind, different from others
Generous, charming, but not one that smothers
Optimistic, thoughtful, happy and game
But not just another... in the long chain.

Appreciative, warm and precious like gold
Our friendship won't tarnish or ever grow old
You'll always be there, I know that is true
I'll always be here... always for you.



****masih segar di ingatan ini apabila mengenangkan sikap kawan-kawan..pernah dulu,aku tujukan sajak ini kepada kawan yang begitu aku sayangi..tetapi,kerana inginkan populariti yang tidak nyata,sanggup dia mereka cerita yang memang tidak logik di akal..walaupun begitu,aku tidak menghiraukannya lagi..memang berdosa,..tetapi bila diingatkan kembali,begitu pedih hati ini bila terkena duri..sangat tidak disangka..mujur lah aku dapat tahu kebenarannya lebih awal..
melodi sajak ini,sudah terhapus sendiri nya di dalam ingatanku..sunguh..aku telah melupakannya..semoga kenangan PAHIT kita tersemat jauh di kalbu....TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA..!

Saturday 28 May 2011

TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR SEMPENA SAMBUTAN MAJLIS PERSARAAN GURU

mengiringi guru-guru bersama paluan kompang
ucapan daripada wakil pelajar SMK Bukit Besar
hadiah daripada wakil badan pengawas SMK Bukit Besar 2011
























Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum w.r.b.t dan selamat pagi..

      Yang Dihormati pengerusi majlis,yang berbahagia,Tuan Haji Che Mohd Ruzli b. Ghazali,Penolong pegawai PPD bahagian kemanusiaan.yang berusaha Puan Hajjah Zabedah Bt Muda,tuan pengetua cemerlang SMK Bukit Besar, yang dimuliakan puan hajjah engku noor aien bt. engku mahmood,guru penolong kanan pentadbiran,tuan haji abdul rahman b. abdul hamaid,guru penolong kanan kokurikulum,puan hajjah fatimah bt. mat amin,guru penyelia petang,encik lim keck gey,guru penolong kanan pendidikan khas,guru-guru kanan matapelajaran,yang dihormati,Cik Lim Yee Ming,guru kanan matapelajaran sains dan matematik,yang dikasihi guru-guru dan rakan-rakan pelajar sekalian.. 

       Bersyukur kita ke hadrat illahi kerana kita dapat berkumpul dan berhimpun di pagi yang mulia ini sempena majlis persaraan Cik Lim Yee Ming selaku guru penolong kanan matapelajaran sains dan matematik bagi tahun 2011. Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang hadir.

para hadirin sekalian,
sempena majlis persaraan ini,saya wakil pelajar mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan cikgu Cik Lim Yee Ming sepanjang berkhidmat di smk bukit besar ini. saya percaya segala pengalaman suka duka dan pengetahuan yang diperolehi menjadi memori dan panduan dalam menjalani hidup kita di masa hadapan. segala sumbangan dan pengorbanan cikgu di sekolah ini akan sentiasa dikenang. terima kasih atas segala curahan ilmu cikgu kepada kami.

        syabas diucapkan kepada cikgu atas komitmen yang begitu padu demi memastikan kecemerlangan anak-anak didikmu. semoga semangat ini akan berterusan pada masa-masa hadapan.di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang cikgu ceburi. anggaplah perjalanan yang cikgu sedang lalui ini adalah satu cabaran baru dan diharap cikgu terus cemerlang. curahkanlah bakti cikgu demi kesejahteraan negara. saya juga berharap agar hubungan silaturrahim cikgu dengan warga smk bukit besar akan terus terjalin erat.sesungguhnya jasa dan budi yang ditabur tidak dapat dibalas dan tentunya akan dikenang sampai bila-bila.

tenang-tenang air di laut,
sampan kolek mudik ke tanjung,
hati terkenanh mulut menyebut,
budi yang baik rasa nak dijunjung.

patah dahan bunga kemboja,
pucuk paku subur di titi,
budi cikgu kami tak lupa,
sudah terpaku di dalam hati.

     akhir sekali,kami berharap cikgu sentiasa sihat sejahtera dab berbahagia di samping keluarga.
terima kasih cikgu.
sekian,terima kasih.

wabillah...................

Friday 27 May 2011

cerpen : Hanya Aku Yang Tahu

pengakhiran KISAH Cerpen: HANYA AKU YANG TAHU.....


"lena..."
"yes?"
"lena tak sepatutnya tanya soalan itu. lena tahukan yang aqi tak akan pernah tak sayangkan lena."
"lena jangan lupa yang aqi sayangkan lena sepenuh hati aqi. you are everything for me. trust me,please?"
aqi meluahkan rasa hatinya dengan penuh berharap.
aku melepas keluhan. tetapi sungguh,aku begitu berbangga dengan ucapannya itu.
"ok. thanks for that words. i will keep in my heart forever. but,promise me that you never betray my heart,ok?"
"yes. i'm promise." seraya aqi menjawab sambil mengangkat tangan tanda bersumpah.
dia mengangkat tangan kanannya lalu menggosok pipiku dengan usapan yang lembut,"terima kasih lena untuk semuanya. aqi janji,aqi tak akan pernah tinggalkan lena. tidak akan."

di dalam hatiku,aku memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa supaya kekalkan hubungan kami dan tabahkan hati kami untuk melalui halangan yang bakal menimpa pada hari esok untuk mencapai 9 tahun lagi. tiba 9 tahun yang akan datang,tertautlah kasih kami yang begitu utuh untuk membina mahligai cinta kami.  itulah harapan aku mulai hari ini hingga akhir hayatku.segala yang berlaku biarlah diriku dan dirinya yang lalui..........kerana,Hanya Aku Yang Tahu...