wow!

DARAH DAN DIRI ANDA




Apakah kelebihan darah yang mengalir dalam tubuh anda?
Pelbagai yang anda perolehi. Jenis darah juga mempengaruhi personality seseorang dan tatacara seseorang. Antaranya seperti dibawah……

KUMPULAN DARAH ‘O’
Ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yg diinginkan, org dgn kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yg kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif. dalam aspek pemilihan makanan pula,kumpulan darah o disyorkan mengambil lebih protin dari sumber haiwan; focus dalam menangani dan menguruskan perasaan marah; mengambil bahagian dalam riadah berat; mengawal tabiat melawan.
KUMPULAN DARAH ‘A’
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dgn baik dgn org lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dgn santai dan cenderung keras kepala. dalam aspek pemilihan makanan pula,kumpulan darah A disyorkan  mengambil makanan dari sumber sayur dan ulam; menumpukan menguruskan tekanan (stress); melibatkan riadah ringan bagi menangani stress; rehat antara tugasan harian bagi mendapat tumpuan kerja/tugas.
KUMPULAN DARAH ‘B’
Anda punya tabiat keras dan individualis, suka terus-terang tanpa memikirkan org lain dan melakukan segala sesuatu dgn cara sendiri. Namun anda juga kreatif & fleksibel & boleh beradaptasi dgn mudah terhadap situasi. Namun kelemahan yg anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri, yg boleh merugikan.. dalam aspek pemilihan makanan pula,kumpulan darah B disyorkan  pelbagaikan diet; tumpukan kepada minda yang kreatif; melibatkan dalam meditasi bagi menangani stress; elakkan tindakbalas emosi berlebihan.
KUMPULAN DARAH ‘AB’
Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tpt berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan utk menghibur org lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain. dalam aspek pemilihan makanan pula,kumpulan darah AB disyorkan  Makan sedikit tetapi lebih kerap; tumpukan dalam membaikkan kecenderungan spiritual; riadah ringkas tetapi berulang-ulang dalam sehari bagi mendapatkan tenaga; elakkan berperasaan diasingkan.

Ini sahaja yang dapat saya kongsi bersama anda. Maklumat ini juga dipetik daripada laman web yang terdapat info-info seperti ini. Terima kasih..,












APA ITU SUKA,SAYANG DAN CINTA?????





menyukai, menyayangi dan mencintai? tak sama kan? kalau orang tu cakap dia suka kita, tak semestinya dia sayang dan cinta kita, kan? tapi kalau dia cakap dia cinta kita, maknanya dia sayang dan suka la eh? camtu? 


jom kita hayati each word of menyukai, menyayangi dan mencintai..


bila kamu menyukai seseorang, kamu akan rasa ingin memiliki untuk keegoan kamu sendiri.
bila kamu menyayangi seseorang, kamu akan rasa ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk diriimu sendiri.
bila kamu mencintai seseorang, kamu akan melakukan apa saja untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwa kamu.
Suka adalah pada saat dia menangis, kamu akan berkata, “sudahlah, jangan menangis”
Sayang adalah pada saat dia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
Cinta adalah pada saat dia menangis, kamu akan membiarkannya menangis dipangkuan kamu sambil berkata, “mari kita selesaikan masalah ini bersama”
Suka adalah saat kamu melihatnya, kamu akan berkata, “tampannya/cantiknya kamu”.
Sayang adalah saat kamu melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
Cinta adalah saat kamu melihatnya, kamu akan berkata, “buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku”.
di saat orang yang kamu suka menyakitimu, kamu akan marah dan tidak mahu berbicara dengannya.
di saat orang yang kamu sayang menyakitimu, kamu akan menangis.
di saat orang yang kamu cintai menyakitimu, kamu akan berkata, “tak mengapa, dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan”.
di saat kamu suka padanya, kamu akan memaksanya untuk menyukaimu.
di saat kamu sayang padanya, kamu akan membiarkannya memilih.
di saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu menantinya dengan setia dan tulus.
Suka adalah kamu akan menemaninya apabila itu menguntungkan.
Sayang adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.


Suka adalah hal yang MENUNTUT, Sayang adalah hal yang MEMBERI dan MENERIMA dan Cinta adalah hal yang memberi dengan RELA..






EH,WAIT A SECONDS....
ADAKAH CINTA YANG DIMAKSUDKAN OLEH REMAJA SEKARANG YANG SANGGUP MENYERAHKAN SEGALA MARUAHNYA KEPADA PASANGANNYA????  CINTA KAH???? kan kenyataan di atas mengatakan CINTA ADALAH HAL YANG MEMBERI DENGAN RELA...


HURMMMM...sama-sama kita fikirkan.....................................