cerpen: hanya aku yang tahu

 "lena,hilmi..waktu rehat nanti jumpa saya di bilik gerakan pengawas ya." arah cikgu is kepada kami..
        dalam benak fikiran kami pelbagai persoalan mnerjah.entah apa yang dikehendakinya.tiba-tiba memberi arahan seperti itu.seperti ada sesuatu yang tidak kena..
"abang hilmi,kita ada buat salah ke?"
"semacam je bunyi suara daddy tadi."
     mulut ku lancar mengajukan soalan,memecah kesunyian. hilmi hanya diam seribu bahasa. mungkin dia memikirkan tentang panggilan tadi.

     jam dinding kelas 5 sentosa menunjukkan pukul 10.20 pagi. loceng rehat telah berbunyi. aku bergegas keluar dari kelas dan menuju ke kantin.

"lena!"
"lena!"

kedengaran suara isya,temanku..tetapi aku tidak menghiraukannya.
   mataku melilau.terjenguk ke sna ke sini.
"lena..cepat..daddy dah lama tunggu tu." jerit hilmi.
"ok..ok..jom!"
   

   "assalamualaikum.."
     seketika aku berasa menyampah apabila terlihat seseorang yang begitu tidak aku harapkan kehadirannya. aku terpaku.
"mana lena yang dulu???"
"yang suka mengarah..yang suka marah.."
"saya pun tak tahu dah nak kata apa kalau awak hanya terdiam seribu bahasa macam ni..kenapa depan kita orang awak diam saja??! belakang kami,awak buat cerita itu..cerita ini..apa kes??" marah cikgu fatimah.
    hatiku merintih sedih. tiada siapa yang faham kedudukan aku. tiada siapa yang mengerti apa yang belaku. tiada siapa yang mampu menolong aku.
"cikgu hanya mendengar dari sebelah pihak saja. untuk pihak aku,tiada siapa yang ingin ambil tahu. semua ingin berpihak kepada mereka."
"ARRGGHHH..!!!!!!"
"semua salahku.!!!!" rintih hatiku dalam sebak..
"lena..?"
"what are you waiting for? please come in.."
           aku tersentak. lamunanku terus lenyap berterbangan entah ke mana apabila hilmi memanggil dengan suara yang keras. aku melangkah dengan tersipu malu. aku menjadi tidak keruan. aku gelabah. hampir terduduk aku di atas riba hilmi.
"ishh..apa kena ngan kamu nie?!"
"kena sampuk hantu kah?"
"tak nampak kerusi ke? atau tak kenal apa itu kerusi? nk suruh abang ajar balik??"
sinis hilmi.
mukaku menjadi merah. dalam rasa yang geram,aku menarik kerusi dan duduk sambil memeluk tubuh. cikgu is hanya ketawa. perbincangan terus bermula.

aku melangkah keluar dari bilik gerakan. hatiku begitu membara. apabila teringat setiapa patah bait ayat cikgu is,aku ingin memberontak.
      "cikgu,saya yakin dia boleh ambil jawatan tu. dia dah berubah. dia lebih bersemangat dan berkepimpinan."
"cikgu kena pilih dia juga sebagai yang berhormat ketua pemimpin pelajar."
aku membela.
"tapi,dulu dia seorang yang pemalas. hidupnya juga tidak menentu. saya langsung tak nampak kebolehan apa yang dia ada. saya tak nak pilih ketua yang tidak ada ciri-ciri pemimpin." balas cikgu is.
"itu dulu..ini sekarang."
"dia pun dah bersalin kulit."
"saya banyak bantu dia untuk membina semua semangat ini. saya tahu kerana saya sentiasa bersama dia."
"cikgu mungkin tak nampak sebab dia masih belum tunjukkan. lagipun sekarang dia berada di KEM PLKN."
"semua manusia boleh berubah,cikgu." aku masih membela.
"hilmi,apa pendapat awak?" tanya cikgu is.
"abang hilmi,aqi dah berubah. lena percaya dia boleh ambil tanggungjawab nie.."
      hilmi hanya diam membisu.

     aku begitu geram kerana cikgu is tidak percaya kata-kataku. memang benar aku tidak boleh membuktikan ap-apa selagi dia tidak kembali ke sekolah dalam masa terdekat  ini. aku tidak boleh terus membela dirinya. kerana pandangan aku dan cikgu is begitu berbeza. aku hanya pasrah kepada tuhan supaya dapat menerima usaha aku dalam membela dan mencalonkan Aqi sebagai Y.B.P pelajar. aku tahu kebolehannya. tetapi tiada siapa yang boleh percaya. aku berharap agar Aqi tidak kecewa dengan usaha aku ini.

     Aqi merupakan teman baikku. dia lah tempat aku luahkan rasa. dialah tempat aku bermanja. dia lah tempat aku meminta pertolongan. dia sentiasa ada apabila aku memerlukannya. begitu bahagia apabila aku disamping nya. dulunya,dia seorang yang tidak bersemangat. hilang keyakinan diri. cikgu tidak langsung mengharapkannya. tiada siapa yang pandang dan bantu dirinya untuk bangkit dalam alam kegelapannya. tetapi dia memberi kepercayaan kepada diriku untuk membimbing dirinya. dan alhamdulillah,dia dapat membuktikan kebolehannya di Kem PLKN. aku amat gembira. Dari minggu ke minggu prestasinya naik mendadak. aku begitu yakin bahawa dia akan mendapat lebih daripada yang aku dapat. rasa gembira tidak dapat aku gambarkan kerana rasa itu berada di dalam rasa kerinduan.

                                                                                                                                        bersambung......
**********************************************************************


 ring...ring....ring......

"hello lena."
"apa khabar? masih ingat kah kat suara ini?" soal aqi dengan ceria.
"aqi.!!!"
"lamanya aqi tak contact lena. hati lena nie dah sarat ngan rasa rindu kat aqi tau." aku merengek manja.
    siapa tak merindukan kekasih hatinya apabila berjauhan. adat bercinta,apabila berjauhan,rasa rindu tetap juga menggunung. 1 hari dirasakan seperti satu tahun. walaupun hanya tidak berhubung selama 2 miggu,tetapi,aku rasa bagaikan telah kehilangannya. aku kuatkan hati untuk tidak memikirkan tentangnya sewaktu peperiksaan menjelang. aku berjaya,tetapi tewas apabila teringatkan dirinya.
    antara aku dengannya,amat istimewa. pelbagai persamaan yang kami ada. kadang-kadang aku berasa begitu bertuah kerana aku punyai dia. Aqi,engkau tahukah bertapa bahagianya aku apabila mengenali dirimu. dirimu amat berbeza dengan lelaki yang pernah aku jumpa. rasa ini sukar digambarkan,tetapi percaya lah,hanya kau di hatiku. dan aku tidak sesekali persiakan dirimu,andai hatimu tetap berpegang teguh dengan cintaku. aku yakin,aku memang tidak salah kerana memiliki dirimu dan kau telah membuatkan aku sentiasa dihargai. terima kasih Aqi.

"lena,.aqi nk bagitau sesuatu nie."
"tapi lena jangan sedih ya." pinta aqi.
aku meneunggu dengan penuh sabar. tiba-tiba aku merasa berdebar dan tanganku berpeluh.
aku membiarkan aqi menghabiskan ayatnya.
"lena,aqi minta maaf. aqi janji ngan lena akan pulang dari kem ini 2 minggu lagi kan? dan aqi akan kembali ke sekolah kan?"
"maaf,aqi mungkir janji pada hari ini. aqi tak ada niat nak tipu lena tapi aqi terpaksa stay kat sini sampai habis kem. kalau ikutkan hati,sekarang juga aqi nak balik."
"aqi rindu sangat kat lena. aqi nk jumpa lena, aqi nak tenung lena puas-puas. aqi nak pegang tangan lena,tak lepas-lepas. aqi nak duduk ngan lena,nak dengar cerita lena. tapi aqi tak boleh.'
"aqi tak nak korban kan masa depan aqi ngan hanya masuk kem PLKN nie je. lena faham keadaan aqi kan...?" aqi begitu jaga ayatnya apabila bercakap denganku. itulah kelebihannya.
     tiba-tiba,mataku terasa panas.  pipiku basah. tak sangka mutiara jernihku jatuh jua. aku sebak,. tiada sepatah kata yang aku ucapkan. aku kelu. entah apa yang aku fikirkan. tetapi aku kuatkan hati untuk terima dan fahami keadaannya. aku membalas," tak apalah aqi. nak buat macam mana. mungkin ada hikmah disebalik hal ini. lena faham. aqi jaga lah diri dan buat yang terbaik ya.lena ok je. aqi tak payah risau lah. kesihatan tu jaga. rehat cukup-cukup ya."
     "terima kasih lena."
sepertinya dia tidak menyedari aku berasa begitu pilu. tetapi aku juga berharap dia tidak menyedarinya kerana aku tidak mahu dia begitu memikirkan tentang diriku.
     pada malam itu,aku mengharapkan sebarang panggilan atau mesej daripadanya. tetapi tidak juga kunjung tiba.
jam telah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. mataku tidak berasa mengantuk lagi. keluargaku juga sudah bermimipi dan menikmati tidur yang lena. aku hanya menuggu paggilan daripada aqi. aku memberanikan diri untuk menghantar mesej kosong. walaupun dia tidak membenarkan aku menghubunginya,aku tetap berdegil.
     setelah beberapa minit aku menunggu,  "bip........"
aku melihat di skrin telefon aku.mesej permintaan kredit daripadanya membuatkan aku hairan. tidak pernah dia membuat permintaan kredit. aku tidak mengendahkan.
aku berbaring. aku memikirkan tentang mesej tadi. "aku yakin itu bukan aqi,tapi itu kawannya,. berani sungguh kawan dia. memang tak boleh buat kawan. orang macam nie lah boleh dipanggil kawan makan kawan." omel aku sendirian.
 aku memeluk teddy bear pemberian adik-adik angkatku. tanpa disedari,aku telah berada di alam mimpi.

                                                                                                                                     bersambung.....
**********************************************************************
updated 03.06.11

     pagi itu,aku pergi ke sekolah seperti biasa. hari itu merupakan hari terakhir aku menduduki peperiksaan. habis paper seni visual,aku duduk bersama kawan-kawan. kami bercerita dengan perasaan yang begitu gembira. sebelum aku mulakan menjawab kertas pertama,aku teringat akan kata-kata cikgu is,"lena,jumpa saya lepas awak jawab kertas p.s nanti ya.bagitau kat hilmi juga."
seraya aku membalas,"baik bos." aku tersengih seperti kerang busuk.
aku berjalan menuju ke kelas dalam keadaan yang bersemangat untuk ujian. di pertengahan jalan,aku terserempak dengan hilmi. "abang hilmi,your daddy want to see you at 11.00 a.m..wait for me yeah! bye."
aku terus berlalu.

    sambil aku berborak dengan kawan-kawanku,aku terpandang kepada cikgu yang sedang sibuk menanda kertas ujian Bahasa Melayu kelas kami. aku terfikir bahawa cikgu ini amat baik dan boleh berkongsi masalah dengannya. aku bangun dan terus mendekatinya. kawan-kawanku kehairanan. apabila aku sudah berada di hadapan cikgu,aku bertanya," cikgu,nak tanya boleh?"
"boleh. awak nak tanya apa?"
"selama cikgu mengajar,apa pendapat cikgu tentang aqi,kelas 5 alam tahun lepas?"
"kenapa awak tanya? ada apa-apa ke?"
kawan-kawanku mengelilingi kami.
aku hanya tersenyum. cikgu asmira membalas, "dia tu,kalau pandangan cikgu bagus. tapi waktu itu dia amat malas. walaupun kita bagus pada pandangan orang,tapi pelajaran kita tak bagus dan tak memuaskan,tiada apa-apa makna. walaupun kita bercinta,tapi pelajaran ketinggalan,semuanya sia-sia kamu datang ke sekolah."
begitu panjang cikgu asmira terang. aku hanya mendengar dengan teliti. dia menarik nafas panjang.
"walaupun awak dah bercinta masa di bangku sekolah ini,belum tentu sampai ke jinjang pelamin. cinta pada waktu ini hanya sekadar cinta monyet. buang masa saja. baik awak bercinta dengan buku,masa dan waktu. ada juga faedahnya. tapi,apabila kamu dah memasuki universiti nanti,lagi ramai yang kamu akan jumpa. lagi handsome,lagi baik dan lagi lawa. sekarang ni hanya lah secebis. kamu fikir lah baik-baik. buang masa saja. bercinta pada usia sebegini,belum tentu menjamin masa depan kamu. kamu belum kenal dengan betul lagi macam mana karenah seorang manusia. kamu ini baru saja belajar mengenali. banyak lagi yang kamu kena timba. jodoh di tangan tuhan. kamu tak perlu risau."
cikgu asmira menyambung lagi," lena,awak masih banyak lagi pilihan. kenapa dia juga jadi pilihan awak.? awak terlalu muda nak melalui semua ini. belajar dulu. jangan buang masa tak tentu fasal.ok?"

aku terdiam. hatiku begitu terguris. ikutkan hati,ingin saja aku menjerit sekuat hatiku yang aqi memang betul-betul dah berubah. dia dah lain. kenapa tiada orang yang mengerti.??? begitu susah hidup begini. kawan-kawanku menokok nambah cerita. membuatkan hatiku semakin membara. aku hanya mendengar pendapat mereka. tiada sepatah kata yang aku keluarkan. ketika itu,aku betul-betul memerlukan aqi di sisi. kawan-kawanku juga semua hipokrit.
       memang ada benarnya kata-kata cikgu asmira itu. aku tidak nafikan,tapi kalau kita usaha,insyaALLAH,boleh kekal hingga ke hujung nyawa. cikgu seharusnya bukan kata begitu kepadaku,.sepatutnya dia harus beri kata-kata semangat untuk diriku. setelah mendengar kata-kata itu,aku rasa 50% tentang hubungan aku dengan aqi. aku ingin mengundur diri dari kehidupan aqi. tapi,aku terlalu sayangkan dia. aku terlalu memerlukannya. aku terlalu mengharapkannya. dialah kawan baik aku yang memahami diriku ini. apa salahku? kenapa mereka salah faham tentang hubungan aku dengan aqi. kenapa mereka tidak pernah support diriku. mereka hanya mengutuk aku. itu ke kawan??
      mereka tidak kenal aqi. mereka tidak selami hati kami bagaimana. kenapa tiada siapa yang faham perasaan aku ini? owhh..kerana hanya aku yang tahu. itu sebabnya. aku mengeluh dan terus beredar ke bilik gerakan pengawas. aku cuba kuatkan semangat untuk tempuhi segala dugaan ini bersama aqi. tiada apa yang dapat menghalang kami apabila janji telah bersatu dan sudah menjadi teguh serta diiringi dengan doa yang tidak putus-putus memohon petunjuk dan kerahmatan daripada ALLAH S.W.T untuk mengekalkan silaturrahim kami ini.

                                                                                                                         bersambung.......
**********************************************************************